PROSES- PROSES PENGHASILAN KARYA ARCA RELIEF
Bentukkan tanah liat mengikut Kotak berukuran 6x6x3 dengan menggunakan kayu kemudian dibiarkan dalam beberapa jam.
Tanah liat akan menjadi separa keras supaya mudah dibentuk dan diukir.
Lukis semula design yang telah dipilih di atas tracing paper.
Proses luakan atau ukiran mengikut design yang telah dipilih.
Tanah liat yang telah siap diukir akan ditutupi dengan silicon rubber.
( Pastikan tanah liat kering sepenuhnya. )
Silicon rubber disapu dengan rata supaya semua bahagian ukiran tersebut ditutupi dengan tanah liat.
( fungsi silicon rubber : untuk dijadikan mould ( acuan ) untuk tanah liat tersebut. )
silicon rubber dibiarkan untuk kering supaya mudah ditanggalkan dari tanah liat.
Setelah silicon rubber itu kering, silicon rubber tersebut akan dibuka dari tanah liat.
acuan tersebut akan ditutup dengan plaster of Paris (POP) untuk mengekalkan bentuk silicon rubber tersebut
plaster of paris dibancuh mengikut sukatan .
( Pastikan POP tidak terlebih air kerana akan menyebabkan POP mudah rapuh )
POP yang kering dan dikemaskan
Terdapat 5 POP yang dibuat dan 1 POP adalah diwarnakan sebagai penilaian..