Thursday 23 October 2014

SUBJECT KAJIAN

BANGUNAN PEKAN TANJONG MALIM

Tanjong Malim merupakan sebuah pekan yang dikenali sebagai Bandar pendidikan. Hal ini disebabkan terdapat pusat pengajian tinggi iaitu Universiti pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pada awalnya ditubuhkan dengan nama Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922.

Pekan Tanjong Malim bermula daripada sebuah Tanjung  ( kawasan air/ Tanah yang wujud daripada hakisan sungai ) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang Ulama' yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List ( wakil Kerajaan Negeri Selat) dan Raja itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong manakala perkataan Malim ( Mu'alim ) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.








0 comments:

Post a Comment