Thursday 23 October 2014

BANGUNAN PEKAN TANJONG MALIM

Tanjong Malim merupakan sebuah pekan yang dikenali sebagai Bandar pendidikan. Hal ini disebabkan terdapat pusat pengajian tinggi iaitu Universiti pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pada awalnya ditubuhkan dengan nama Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922.

Pekan Tanjong Malim bermula daripada sebuah Tanjung  ( kawasan air/ Tanah yang wujud daripada hakisan sungai ) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang Ulama' yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List ( wakil Kerajaan Negeri Selat) dan Raja itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong manakala perkataan Malim ( Mu'alim ) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.








ARCA TIMBULAN 

Arca timbul ataupun arca relief adalah hasil daripada imej dua demensi dan imej dua demensi itu ditimbulkan menjadi imej tiga demensi. Arca telah wujud beribu-ribu tahun dan boleh didapati di dinding - dinding bangunan. Pada Zaman tersebut Arca ini berfungsi sebagai alat komunikasi dimana ada penceritaan di setiap ukiran arca timbul.  

contoh Arca Timbul / Relief

salah satu arca timbul yang terdapat di Candi Borobudur

Henri Matisse - Back , IV ( 1930 -1931 )


ARCA ASEMBLAJ 

Arca Asemblaj merupakan hasil daripada bahan - bahan yang disusun dan mempunyai nilai estetik iaitu setiap bahan yang digunakan atau reka letak bahan tersebut membawa makna. Bahan yang digunakan dalam arca ini biasanya dari bahan - bahan buangan seperit besi, kayu dan botol. 

Contoh Arca Asemblaj  

Marcel Duchamp , Bicycle Wheel ( 1951 )

Bayu Utomo , " Bujang Berani " ( 1991 )


ARCA MOBAIL 

Arca mobail dikenali sebagai arca bergerak / arca kinetik . Ia merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan yang membolehkannya bergerak dan dihasilkan menjadi sebuah Arca. Arca ini kebiasaanya akan tergantung ataupun bergerak. 

Contoh Arca Mobail

Alexander  Calder , The Star ( 1960 )



ARCA STABAIL 

Arca Stabail ialah satu binaan seperti arca mobail , ia boleh bergerak tetapi pergerakan yang terhad dan tidak terawang - awang kerana hanya kedudukan kaki sahaja boleh bergerak. Rekaan arca stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing - masing dengan menggunakan bahan - bahan yang mudah didapati.

Contoh Arca Stabail 
Alexander Calder , Hollow Egg ( 1939 ) 


ARCA AWAM (PUBLIC SCULPTURE )

Arca awam adalah berbentuk tiga demensi dan dibuat dengan skala yang besar. Arca awan adalah hasil seni yang diletakkan di ruang terbuka ataupun di sesuatu kawasan dan ia adalah berfungsi dalam dimensi ruang yang menyeluruh dan mempunyai makna pada kawasan tersebut. Arca awam adalah lebih tertumpu di luar sistem galeri , mempunyai penghayatan yang tertumpu kepada masyarakat secara terbuka, bersifat kekal dan kewujud arca awan harus bersesuaian dengan faktor cuaca , keselamatan dan penyelenggaraan.

Contoh Arca Awam

Tugu Negara Malaysia 

Alexander Calder - Paris-La-Defense ( 1976 )












Sunday 12 October 2014

DEFINISI ARCA

Arca merupakan satu karya seni halus yang berbentuk 2 demensi dan  3 demensi iaitu boleh dirasai dan disentuh dalam sudut pandangan 180 ataupun 360. Arca  mempunyai nilai estetika tinggi yang berasakan unsur dan prinsip rekaan yang terdapat dalam seni . Arca mempunyai fungsi dan dapat menyampaikan maskud sama ada maksud tersirat mahupun maksud tersurat kepada audiens. salah satu contoh arca yang boleh dilihat adalah arca Perhubungan oleh Syed Ahmad Jamal

Tajuk : Perhubungan , oleh  Syed Ahmad Jamal , 1964. Bahan : kayu  

Pengertian ' sculpture ' ( arca ) yang berasal yang perkataan latin yang bermaksud suatu proses mengukur, melirik , mencungkil dan mengguris sesuatu . Arca dapat dilihat di geleri, tempat umun , atau tempat - tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti  muzium dan tugu peringatan.