Tuesday, 23 December 2014

PROSES PENGHASILAN ARCA PERAK MAN





Membuat acuan untuk dijadikan sebagai mould untuk arca PerakMan dengan mengunakan Plaster of Paris (POP)



Tanah liat dikeluarkan dari POP dengan kaedah mengorek .






sebelum timah dimasukkan kedalam POP, timah harus dileburkan supaya menjadi cair dan senang dituang ke POP.
(pastikan POP dalam keadaan kering )


Timah yang telah dileburkan dituangkan kedalam acuan POP


Timah dibiarkan sehingga sejuk.



proses pemecahan POP. tujuan proses ini adalah untuk mengeluarkan timah daripada POP

Timah yang dikeluarkan dari POP dibersihkan bagi menghilangkan kesan POP


Produk Akhir 

Saturday, 20 December 2014

MIMIK MUKA

mimik muka perak man, adalah dibuat dengan menggunakan bahan tanah liat yang telah dicampurkan dengn sedidik serbuk silicon. supaya mudah dibentuk  dan tidak mudah kering.





mimik muka yang dipilih sebagai final

Friday, 19 December 2014

PENGENALAN MINIATURE SCULPTURE

miniature sculpture ( table sculpture ) merupakan project kedua ( final project ). 

miniature sculpture adalah satu genre yang tertumpu pada skala yang kecil. seni miniature sculpture adalah berukuran kurang daripada 4x6 inci.

contoh karya miniature sculpture 



Tema project ini adalah berkaitan dengan pendidikan .

contoh arca pendidikan



lakaran idea table sculpture pendidikan





Namun , terdapat sedikit masalah dalam proses penghasilan arca yang bertemakan pendidikan ini dari segi bahan dan kemudianya tema project ini ditukarkan kepada 'PerakMan'.

Tema untuk 'perakMan' adalah mimik muka yang mungkin melambangkan 'PerakMan'.


PENGENALAN 'PERAKMAN'


perakman merupakan rangka tertua yang dijumpai di Malaysia. Tulang rangkak perak man ini dijumpai pada tahun 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh , lembah lenggong , hulu Perak.




Thursday, 27 November 2014

PROGRAM BAKTI SISWA BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK MELAKA

Program ini dijalankan pada 21 November - 23 November 2014. Tujuan lawatan ini akan untuk melukis mural pada dinding di sekolah tersebut. 

Gambar pelajar-pelajar SK Kem Terendak 

setiap dinding mempunyai tema tersendiri dan dilukis oleh kumpulan yang berlaian 

kumpulan kami telah mendapat dinding yang bertemakan Information Communication Technology (ICT )
Proses melakar mural


mural kumpulan kami yang telah siap , bertemakan ICT

salah satu mural yang dibuat di SK Kem Terendak , Melaka 





Hari terakhir di SK Kem Terendak , Melaka
logo SK Kem Terendak , Melaka

Wednesday, 19 November 2014

PROSES- PROSES PENGHASILAN KARYA ARCA RELIEF


Bentukkan tanah liat mengikut Kotak berukuran 6x6x3 dengan menggunakan kayu kemudian dibiarkan dalam beberapa jam.


Tanah liat akan menjadi separa keras supaya mudah dibentuk dan diukir.




 Lukis semula design yang telah dipilih di atas tracing paper.



Proses luakan atau ukiran mengikut design yang telah dipilih. 


Tanah liat yang telah siap diukir  akan ditutupi dengan silicon rubber. 
( Pastikan tanah liat kering sepenuhnya. )


 Silicon rubber disapu dengan rata supaya semua bahagian ukiran tersebut ditutupi dengan tanah liat.
( fungsi silicon rubber : untuk dijadikan mould ( acuan ) untuk tanah liat tersebut. )


silicon rubber dibiarkan untuk kering supaya mudah ditanggalkan dari tanah liat. 


Setelah silicon rubber itu kering,  silicon rubber tersebut akan dibuka dari tanah liat.
acuan tersebut akan ditutup dengan plaster of Paris (POP) untuk mengekalkan bentuk silicon rubber tersebut


plaster of paris dibancuh mengikut sukatan .
( Pastikan POP tidak terlebih air kerana akan menyebabkan POP mudah rapuh )


POP yang kering dan dikemaskan 




Terdapat 5 POP  yang dibuat dan 1 POP adalah diwarnakan sebagai penilaian..


Thursday, 23 October 2014

BANGUNAN PEKAN TANJONG MALIM

Tanjong Malim merupakan sebuah pekan yang dikenali sebagai Bandar pendidikan. Hal ini disebabkan terdapat pusat pengajian tinggi iaitu Universiti pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pada awalnya ditubuhkan dengan nama Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922.

Pekan Tanjong Malim bermula daripada sebuah Tanjung  ( kawasan air/ Tanah yang wujud daripada hakisan sungai ) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang Ulama' yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List ( wakil Kerajaan Negeri Selat) dan Raja itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong manakala perkataan Malim ( Mu'alim ) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.